Buku lali retak, Jongho bakal jalani pembedahan

BERIKUTAN buku lali cedera, Jungho terpaksa meninggalkan Los Angeles, Amerika Syarikat bagi mendapatkan rawatan di Korea Selatan.

Anggota kumpulan Ateez itu kini direhatkan dan terpaksa menghentikan semua aktiviti seninya buat sementara waktu.

Khabar kurang gembira itu disahkan pihak pengurusan, KQ Entertainment yang turut memaklumkan artis naungan mereka itu bakal menjalani pembedahan buku lalu.

“Jongho kini sedang menjalani rawatan dan pemulihan bagi keretakan meniskus di pusat perubatan khas.

“Pemeriksaan terperinci akan dilakukan. Justeru itu, pihak kami terpaksa menghentikan segala jadual Jongho di luar dan dalam negara demi memastikan dia cepat sembuh,” katan pihak terbabit dalam satu kenyataan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok