‘Kena 52 jahitan, syukur tiada kecederaan dalaman’

PENYANYI, Datuk Nash cedera pada bahagian muka hingga menerima 52 jahitan selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta semalam.

Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, 66, berkata, kemalangan itu berlaku ketika beliau pulang selepas menunaikan solat isyak di surau berhampiran kediamannya.

“Saya menaiki motosikal ke surau berdekatan rumah dan balik selepas ceramah. Waktu itu juga hujan. Dalam perjalanan itulah kemalangan berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mata saya masih belum boleh dibuka, manakala luka di bahagian kepala menerima 24 jahitan dan 28 jahitan lagi di dahi kiri. Syukur tiada kecederaan dalaman,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Syurga Di Wajahmu itu, penduduk sekitar yang berada di lokasi kejadian menghubungi ambulans yang menghantarnya ke Hospital Shah Alam.

“Terima kasih kepada penduduk sekitar yang membantu saya malam tadi. Mereka yang pantas panggil ambulans,” ujarnya.

Nash kemudian dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta untuk rawatan susulan, hari ini.

Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut melawat bekas vokalis Lefthanded itu di hospital. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok