‘Tak logik melainkan Hafidz belikan tiket penerbangan’

 HAFIDZ tak jalankan tanggungjawab sebagai bapa, culas bayar nafkah.”

Demikian dakwaan Nurul Shuhada apabila ditanya mengenai tanggungjawab yang gagal dilakukan Hafidz Roshdi sebagai bapa kepada dua anak mereka, Humaira dan Umar sejak bercerai.

Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, berkata, sejak berpisah, Hafidz culas memberikan wang perbelanjaan kepada anak-anak sepanjang berada di Australia.

“Saya bukanlah jenis yang setiap bulan akan bertanya kepada Hafidz soal nafkah anak tetapi saya akan bersuara kalau dia cuit berkaitan hal itu.

Alang-alang dah diberi peluang untuk bercakap ini, saya nak maklumkan yang Hafidz memang tak menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah.

“Kalau dia rasa dia nak bagi, dia bagilah tapi kalau dia rasa tak nak, dia tak beri,” katanya.

Dalam masa sama, Shuhada turut memaklumkan dia tidak menghalang Hafidz untuk datang ke Australia berjumpa dengan dua anak mereka.

“Anak-anak sekarang bersekolah di sini dan cuti sekolah akan datang adalah pada bulan Julai. Kalau dia nak tengok anak-anak, datanglah, tak ada masalah.

“Tapi kalau dia nak saya balik Malaysia dan bawa anak-anak, saya tak rasa logik di situ.

Macam mana saya nak sewenang-wenangnya balik Malaysia bagi dia jumpa anak kalau saya sebagai ibu tunggal tanggung segalanya? Kalau dia bagi duit tiket penerbangan, mungkin saya boleh pulang ke sana,” ujarnya lagi. Kalau Hafidz bayar tiket penerbangan,

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan pelakon Hafidz mendapat hak lawatan interim terhadap dua anaknya sepanjang cuti sekolah selama dua minggu bermula 29 Mei depan.

Sebelum ini, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 8, dan Umar yang kini berusia 5 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok