‘Pilihan dia sendiri’ – Netizen kecam SRK lakukan ritual agama

PELAKON terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila menghadiri sambutan perayaan agama Hindu bersama isteri, Gauri dan anak perempuannya, Suhana Khan.

Dalam video yang kini viral dalam media sosial, Shah Rukh dilihat melakukan upacara aarti bersama keluarga.

Tindakan berkenaan sekali lagi mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial, memandangkan Shah Rukh merupakan seorang penganut agama Islam.

Sebahagian netizen mempersoalkan tindakannya dan mempertikaikan mengapa Shah Rukh perlu mengambil bahagian dalam ritual agama lain.

“Nak buat macam mana. Ini pilihan dia sendiri. Semoga Allah berikan petunjuk hidayah. Selamatkan hamba-Nya daripada menyembah makhluk kembali menyembah yang menciptakannya,” komen netizen.

Namun, terdapat juga pengguna media sosial yang mempertahankan aktor berkenaan dengan menyifatkan kehadirannya sebagai tanda menghormati kepelbagaian budaya dan agama di India.

Malah, Shah Rukh sebelum ini pernah berkongsi bahawa sambutan Ganesh Chaturthi turut diraikan keluarganya di rumah.

Justeru, penglibatan Shah Rukh dalam sambutan Ganesh Chaturthi bukan perkara baharu dan sudah beberapa kali menjadi perhatian umum.

Ada juga yang berpendapat Shah Rukh dan Suhana sengaja mencari publisiti kerana filem lakonan mereka berdua iaitu King dijadualkan menemui penonton pada 24 Disember 2026. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok