Tun Siti Hasmah tokoh penyayang, lemah lembut – Siti Nurhaliza

BIDUANITA Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia.

Siti Nurhaliza berkata, jasa dan sumbangan Allahyarham sepanjang hayat khususnya dalam bidang kesihatan, kebajikan serta pembangunan wanita, amat besar dan meninggalkan kesan kepada masyarakat.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia memandangkan jasa dan sumbangan Tun Dr. Siti Hasmah begitu banyak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terutama dalam bidang kesihatan, kebajikan serta untuk pembangunan wanita sepanjang hayatnya,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Seindah Biasa itu turut menyifatkan Tun Dr. Siti Hasmah sebagai seorang tokoh yang penyayang, lemah lembut serta memiliki sifat keibuan tinggi.

Pada masa sama, Siti Nurhaliza turut menitipkan doa agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan menghadapi detik sukar berkenaan.

Semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan, kesabaran serta kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan berat ini.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman,” katanya.

Hari ini seluruh negara berduka dengan berita pemergian Dr Siti Hasmah yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pukul 9.20 pagi tadi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok