‘Tempuh sahaja apa depan mata, saya mahu hidup tenang’

MAHU hidup tenang, pelakon Zara Zya memilih untuk tidak terlalu memikirkan penyakit dihidapi, sebaliknya menganggap setiap dugaan dalam hidup perlu dilalui satu persatu tanpa membebankan fikiran.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata, pengalaman berdepan masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu mengubah pola pemikirannya dan melihat kehidupan dalam perspektif berbeza.

“Sekarang, apa pun masalah saya dah tak boleh fikir terlalu banyak. Bukan tak mahu ingat langsung, tetapi rasanya
malas nak fikir. ‘Tempuh sahaja apa depan mata, sudah tiada masa untuk tanya kenapa’

Memuatkan artikel berkaitan…

Apa yang ke depan, ke depanlah. Sekarang tempuh sahaja segala-gala yang ada di depan mata. Sudah tiada masa untuk tertanya-tanya kenapa.

“Dalam situasi sekarang, saya semakin positif. Mahu hidup dengan tenang,” katanya kepada HibGlam selepas pelancaran drama iQIYI Original, Sekali Lagi Bahagia, baru-baru ini.

Menurut Zara, ketika mengetahui dirinya memerlukan pembedahan, dia berlapang dada menerima keadaan tersebut tanpa mengusutkan kepala dengan hal yang belum berlaku.

Bila dapat tahu kena pembedahan, okey, kena pembedahan. Usai pembedahan, sedar dan fikir, saya hidup lagi, alhamdulillah. Selesai.

“Apabila dapat kembali ke rumah, kita pun kerja macam biasa. Itu sahaja. Tiada apa yang harus difikirkan sangat,” ujarnya.

Mengenai perkembangan kesihatan, katanya, buat masa ini keadaannya dalam keadaan baik selain masih mampu menjalani rutin harian seperti biasa.

“Alhamdulillah saya okey, masih mampu ke set penggambaran untuk bekerja. Cuma saya perlu menjalani pemeriksaan susulan secara berkala.

Doakanlah untuk saya, insya-Allah supaya semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

Zara berkata, dia sepatutnya menjalani pemeriksaan susulan setiap tiga atau enam bulan, namun mengakui sudah hampir setahun tidak berbuat demikian.

Kenalah pergi check-up balik. Tengok doktor cakap apa. Sebab kita ini biasalah manusia, bila sakit barulah sibuk nak pergi, bila dah sihat, ‘bye-bye’,” katanya.

Pada masa sama, Zara menjelaskan kecenderungannya lebih banyak menghabiskan masa di rumah bukan bermakna dia pernah melalui fasa enggan bertemu orang.

Sebaliknya, pelakon itu berkata, dia sememangnya selesa dengan rutin yang lebih sederhana selain kurang gemar keluar jika tiada urusan kerja.

“Itu biasa tak bertemu dengan orang tetapi saya sentiasa atasi perasaan sedemikian. Tapi kalau bukan hal kerja, saya tak keluar.

Habis penggambaran, saya duduk rumah. Kiranya masa saya penuh sebab di rumah pun bekerja, buat siaran langsung dalam talian, kena berniaga.

“Saya suka kehidupan macam itu. Jadi bukanlah nak kata fasa terduduk atau tak nak jumpa orang sangat. Bukan. Itu memang diri saya,” ulasnya.

Terdahulu, Zara disahkan menghidap kanser buah pinggang atau renal cell carcinoma (RCC) tahap satu serta beberapa masalah kesihatan lain termasuk ketumbuhan fibroid, sista (cyst) dan sakit sendi atau arthritis. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok