SEJUK hati ramai apabila mendapat khabar pengarah sensasi, Syamsul Yusof bakal berhari raya dengan ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail tahun ini.
Perkara tersebut dikongsikan Yusof yang mengakui mereka sekeluarga akan berhimpun beramai-ramai di kediamannya.
Selepas bertahun-tahun tidak dapat berhimpun lengkap seisi keluarga pada pagi Syawal membuatkan sutradara berusia 70 tahun itu menanti momen tersebut.
Kita yang mendengar pun sama-sama tumpang gembira malah turut tertunggu-tunggu gambar mereka satu famili dalam laman sosial.
Memang nyata air dicincang takkan putus, rajuk anak-beranak kan. Kasih sayang itu terus erat hingga ke akhirnya.
Ramai yang mendoakan kebahagiaan keluarga pemilik Skop Production itu dengan harapan kasih sayang mereka semakin erat hingga ke akhir hayat.
DIVA: Apa agaknya juadah istimewa yang Datin Patimah sediakan untuk Syamsul ye.