KETIKA ini nama Hussain meledak dan meletup-letup selepas ‘graduasi’ dari program Big Stage tetapi ada benda yang kurang enak Diva lihat dalam media sosial.
Bukan Hussain buat perangai tetapi sikap segelintir netizen yang cuba melaga-lagakannya dengan sepupu sendiri iaitu Zaki Yamani.
Ada yang dakwa Hussain lebih popular dan akan lebih berjaya daripada Zaki. Alahai menyampah pula Diva baca benda begitu.
Kalau minat, tak perlulah nak membanding-bandingkan mereka yang umum tahu mempunyai pertalian darah. Perkara itu dianggap seperti membuli.
Tapi paling kagum bila lihat Datuk Aznil Nawawi pun bersuara pertahankan Zaki dan melabel individu mulut jahat itu sebagai pembuli. Diva rasa hubungan Zaki dan Hussain pun okey saja, jadi tak perlulah nak api-apikan mereka.
DIVA: Betul ke Siti Khadijah dan Amir Ahnaf sedang bercinta?
