AHLI politik, Syed Saddiq merupakan antara lima personaliti popular yang kini rasmi menjalin kerjasama sekali gus sebagai antara talent di bawah agensi PR & media, Larenme.
Empat figura lain yang turut menjalin kerjasama erat termasuklah pempengaruh Spacedollah, Boss James, Dzulfaqar dan Papa Ayie.
Dua tahun selepas penubuhan, Larenme kini komited untuk berkembang sebagai antara agensi pengurusan bakat yang membantu jenama, figura awam dan pemimpin membina visibility serta menghubungkan cerita mereka dengan audiens.
“Bila bercakap tentang talent management, bukanlah mereka ini berlakon apa semua tetapi mereka bekerja untuk jenama.
Zaman sekarang, banyak jenama yang sedang mencari pempengaruh untuk kembangkan jenama mereka. Kalau dulu mungkin papan iklan (billboard), televisyen dan sebagainya sangat efektif tapi kini orang memang tengok media sosial sebagai rujukan utama,” demikian kata Pengarah Eksekutif syarikat terbabit, Asyraf Khalid.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Larenme, Nazrin Kamal berkata, syarikat berkenaan Larenme kini mempunyai nilai penilaian mencecah RM10 juta.
“Tahun pertama, we did very well. Tahun kedua, kita naik dua kali ganda oleh sebab kami sudah menembusi pasaran acara korporat — ia membantu kami untuk berkembang dengan sangat pesat.
Yang terbaharu sekali adalah servis pengurusan bakat — Syed Saddiq, Spacedollah, Boss James, Dzulfaqar dan Papa Ayie. Itu akan beri syarikat ini untuk melangkah lebih jauh,” katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Anniversary Larenme semalam.
