‘Sedihlah, Soraya ada hernia kena bedah’

TERPAKSA menahan kesedihan, pelakon dan pengacara Ain Edruce tidak sampai hati melihat anak sulungnya, Soraya  menjalani pembedahan selepas disahkan mengalami angin pasang atau hernia.

Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce, 34, mengakui sangat beremosi memandangkan dirinya kini hamil anak kedua.

“Cerita semalam (Rabu), kasihan anak mummy dan daddy kena jalani pembedahan.

Soraya ada hernia. Emosi saya semalam dengan hormon pun tak stabil kena tengok anak masih kecil buat pembedahan, sedihlah,” katanya dalam hantaran Instagram.

Bagaimanapun, kesedihan pengacara Melodi itu berlalu pergi apabila melihat buah hatinya itu aktif semula usai pembedahan.

“Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar.

Soraya lepas kena bedah bukan main terus nak berjalan dan melompat.

“Terus rasa tak sedih dah saya,” ujarnya lagi.

Ain mendirikan rumah tangga dengan usahawan Muhammad Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Soraya yang kini sudah berusia empat tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok