‘Tak payah kahwin lagi, Mommy seorang dah cukup’

BAHAGIA bersama anak-anak, pelakon Rita Rudaini mengakui enggan berkahwin lagi malah mahu fokus mencurahkan kasih sayang kepada dua putera kesayangannya.

Malah, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, memberi jaminan kepada anak-anaknya bahawa dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula.

Mommy tak akan kahwin sebab Mommy nak duduk dengan Rayyan dan adik,” katanya bagi menjawab soalan netizen yang bertanya sama ada mahu mendirikan rumah lagi.

Pertanyaan itu turut mengundang reaksi spontan dua puteranya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang jelas menggambarkan mereka selesa dengan keadaan sekarang.

Tak payahlah. Mommy tak payah kahwin lagi. Mommy seorang pun dah cukup dah,” tegasnya.

Momen penuh kasih sayang itu meraih pujian netizen yang meluahkan rasa sebak melihat keakraban tiga beranak tersebut.

“Cekalnya seorang anak tidak mahu lihat ibunya terluka lagi, sebak tengok,” komen seorang netizen.

Bahagian Mommy peluk anak-anak buat saya menangis, mereka membesar cukup kasih sayang meskipun tanpa figura seorang bapa,” kata seorang pengguna media sosial.

Pelakon filem Mami Jarum itu pernah berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 2013.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang menjadi tunjang kekuatan Rita. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok