SEJAK disahkan bercerai dua minggu lalu, Diana Danielle terus mencuri perhatian ramai dengan aktiviti seni, keluarga dan diri sendiri.
Iyalah, dia sekarang berstatus ibu tunggal kemudian masih dalam tempoh idah. Pastilah banyak mata yang memerhati untuk mencari kesalahan walaupun sebesar kuman.
Namun, satu hal yang Diva perasan ialah Diana semakin berseri-seri sejak bercerai.
Diva bukan nak cakap dia tidak cantik sebelum ini tetapi sekarang auranya lain macam.
Mungkin benar orang kata, kalau sudah lepaskan satu beban yang menyakitkan, jiwa akan kembali tenang dan semua hal baik akan terus menerjah.
Teruskan menjadi seorang yang sangat positif dan tidak memburuk-burukkan sesiapa dalam media sosial.
DIVA: Pening baca komen netizen tentang pernikahan Intan Najuwa dan Datuk Ahmad Asraf.