Sudah lali dijadikan bahan cemuhan, bekas isteri pengarah sensasi Syamsul Yusof, Ira Kazar terkilan apabila kemarahan netizen beralih kepada bapanya, Kazaruddin Saisi.
Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin, berkata, perasaannya sayu melihat insan kesayangan dilemparkan kata nista yang berpunca daripada dirinya.
Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan. Sedih tapi alhamdulillah ayah pun sekarang dah okey.
“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” katanya.
Bagi saya, sebenarnya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial.
“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” katanya.
Turut berkongsi berita gembira, Ira bakal melancarkan single berjudul Tak Kisah yang juga simbolik pendiriannya untuk tidak lagi ambil peduli sebarang kontroversi.
“Saya akan keluarkan lagu berjudul Tak Kisah, manakala proses penggambaran muzik video dijangka dapat dijalankan bulan depan.
“Tak Kisah lebih kepada isi hati mengenai cerita sensasi yang ingin saya abaikan atau lebih kurang lantaklah dengan apa orang nak cakap,” ujarnya.
Menurut wanita berusia 29 tahun yang terlebih dahulu berjinak-jinak dalam arena lakonan menerusi beberapa drama, nyanyian antara cabang seni yang diminatinya.
Terdahulu, perkahwinan Ira dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang dibina di Thailand pada 6 Januari 2023 tidak mampu bertahan apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada 5 September lalu. – HIBGLAM