LANGKAH dua peserta iaitu Maria Tunku Sabri dan Rashdan Baba akhirnya terhenti di peringkat suku akhir apabila diumumkan tersingkir dari pentas Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES26) hari ini.
Maria, 56, yang meraih markah terendah daripada juri dan online menzahirkan penghargaan kepada semua berterima kasih kepada semua individu yang banyak memberi semangat sepanjang lima minggu bertanding di KES26.
“Terima kasih kerana beri saya peluang serta KES26 dan rakan seperjuangan yang banyak bagi sokongan.
“Netizen akan rindukan saya dan media sosial akan sunyi sebab tiada lagi komen mengenai saya,” katanya.
Rashdan yang juga pelakon pula berharap orang ramai terus memberi sokongan kepada enam lagi peserta yang masih bertanding.
“Terima kasih kepada barisan juri dan semua pihak.
“Saya terus bersangka baik dan minta teruskan sokongan kepada rakan-rakan yang masih bertanding kerana mereka melakukan amal,” jelasnya.
Mendendangkan lagu bertemakan Lagu Pilihan Kawan-Kawan malam ini, enam lagi peserta meneruskan perjuangan ke peringkat separuh akhir KES26 iaitu Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Jalaluddin Hassan Zila Bakarin, Amyza Aznan, Rahhim Omar dan Fazlina Ahmad Daud.
Sebelum itu, Jalaludin pula berada di tangga pertama selepas meraih markah tertinggi dari juri dan online.
Jalaludin juga mengekalkan kemenangannya apabila membawa pulang Emas Berkilau Of The Week selama dua minggu berturut-turut dan membawa pulang RM2,000.
Selari dengan konsep berhibur sambil beramal, Jalaludin menyerahkan wang kemenangan tersebut kepada anak Seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Sazali Ramlee yang juga seorang penyanyi.
Pada konsert separuh akhir nanti, semua peserta akan mendendangkan lagu bertemakan Kilauan Dalam Jiwa.
Setiap peserta KES26 dijurikan Datuk Yusry Abd Halim dan Jihan Muse, sementara Azmi Caliph Busker pula sebagai juri jemputan. – HIBGLAM

