TERLALU menyayangi ibunya, gelagat anak Betty Rahmad, Ardy Wira yang meminta pelakon itu tidak mencuci baju panas dipakai agar dapat dicium jika rindu mencuri perhatian ramai.
Dalam rakaman sesi siaran langsung dikongsikan peminat, kelihatan Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali, 43, rancak melayani pengikutnya yang bertanyakan pelbagai soalan.
Ardy Wira yang berada disebelahnya menyiapkan kerja sekolah dilihat berulangkali mencium bahunya sambil memandang kamera.
Kanak-kanak berusia lima tahun itu kemudian secara spontan meminta Betty jangan mencuci baju panas merah jambu yang dipakai supaya bau ibunya tidak hilang.
“Jangan bagi bibik (pembantu) basuh baju ini ya. Kalau kamu pergi mana-mana, saya nak cium,” katanya.
Tersenyum mendengar permintaan anaknya, adik kepada Erma Fatima itu terus menceritakan sikap anaknya yang terlampau akrab dengannya hingga sukar berenggang.
“Hari itu saya ada pergi kedai (mahu) ke pasar, dia sibuk nak cium baju saya.
“Bukan pernah pergi jauh pun, kedai sahaja. Memang tak tinggal lama,” dedah Betty.
Menerusi ruangan komen ramai netizen memuji sikap serta kepetahan Ardy Wira yang disifatkan sangat bijak dan penyayang.
Bahkan mereka mendoakan putera tunggal Betty dan ahli perniagaan, Ardy Damis menjadi kebanggaan ibu bapanya.
“Sayang sangat pada ibu dia, cerdik Ardy Wira,” kata seorang peminat.
“Jadi kawan baik ibu. Semoga menjadi anak soleh,” tulis pemilik akaun lain.
“Semoga menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab kepada keluarga,” ujar netizen.
Betty kerap berkongsi gelagat anaknya itu dalam media sosial bahkan tahun lalu Ardy Wira turut menunjukkan melancarkan melaungkan azan yang meraih pujian ramai. – HIBGLAM