595
NAMA Mimi Lana kembali menjadi bualan hangat dalam media sosial sejak beberapa hari lalu selepas dikatakan pernah menjadi kupu-kupu malam atau pelacur sebelum ini.
Ramai yang terkejut tetapi jangan risau, semua itu hanya lakonan semata-mata dalam drama Perempuan Paling Merana lakonan bersama Zamarul Hisham dan Fikry Ibrahim.
Drama ini mengisahkan keharmonian rumah tangga Saleha lakonan Mimi dan Amir (Fikry) tergugat dengan kehadiran Pak De’ (Zamarul) yang mula ditayangkan pada 5 Jun lalu. – HIBGLAM