BERSYUKUR semua kemelut selesai, penyanyi Didi Astillah akan sentiasa menyokong kakaknya, Bella Astillah dalam apa jua yang berlaku selepas ini.
Ujar Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, kakaknya tenang sahaja menghadapi semua dugaan dan gembira menjalani hidup.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kami sekeluarga akan sentiasa memberikan sokongan kepada Bella supaya bangkit selepas ini.
“Jangan putus doakan Bella, insya-Allah dia kuat mengharungi semua ini.
Dia gembira sahaja dan nampak tidak tertekan langsung. Semalam kami makan sedap-sedap dekat Jakarta,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan kedua-dua anak saudaranya, Didi berkata mereka gembira menjalani hidup seperti biasa.
Saya lihat Ayden dengan Ara menjalani hidup seperti biasa, pergi sekolah dan main dengan kawan-kawan,” jelasnya.
Disoal pula hubungan dengan bekas abang ipar, Aliff Aziz selepas ini, Didi menolak mengulas perkara itu.
Saya tak mahu ulas perkara itu, tapi buat masa sekarang tidak. Masa akan datang tidak tahu.
“Apa yang penting saya nak move on daripada semua ini,” tutupnya.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Imbas kembali, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu.
Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean serta Ara Adreanna. – HIBGLAM