Tinggalkan Vixx, N dibenci

SAAT memilih untuk bergerak solo dan tidak meneruskan kerjaya bersama kumpulan Vixx, N yang juga ketua kumpulan itu menerima kecaman hebat peminat sehingga ada mula membencinya.

Keputusan pemilik nama asal Cha Hak-yeon dianggap mementingkan diri sendiri ketika ramai pengikut tegar menanti kemunculan semula Vixx setelah tiga tahun menyepi.

“Keputusan ini merupakan alasan tidak bertanggungjawab daripada seorang ketua kumpulan.

“Lebih baik dia tinggalkan sahaja kumpulan daripada terus buat peminat tertunggu-tunggu.

“Leo dan Ken juga sibuk dengan jadual solo masing-masing tetapi tidak tahulah kenapa N sanggup melukan hati semua orang dan enggan lagi kembali bersama Vixx,” kata peminat yang kecewa dengan keputusan itu.

Sehingga kini, N masih tidak menyatakan alasan pengunduran diri daripada kumpulan. Dia bagaimanapun berjanji akan terus menyokong karier anggota Vixx iaitu Leo, Ken dan Hyuk.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok