Makin seksi, netizen meluat

PENAMPILAN anggota kumpulan Blackpink, Lisa yang saban hari semakin seksi sehingga begitu berani mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Lebih teruk, terdapat segelintir netizen yang mendakwa penyanyi asal Thailand itu semakin liar selepas menjalin hubungan dengan kekasihnya, Frederic Arnault.

“Meluat tengok, Lisa sekarang tak macam dulu, sangat seksi sehingga berani mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya. Entah apa yang dia cuba buktikan, dulu elok sahaja berpakaian sopan,” komen seorang netizen.

“Kalau perasan penampilan Lisa semakin berubah selepas dia kenal Frederic, agaknya sudah kemaruk dengan cinta ataupun terlalu mencuba untuk menjadi seperti orang Barat,” demikian komen seorang lagi netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok