Sufian Suhaimi bikin galau warga TikTok

SELEPAS cemerlang dengan beberapa single terdahulu seperti Terasa Ada dan Di Matamu, Sufian Suhaimi sekali lagi merobek hati peminatnya denggan lagu terbaharu berjudul Menggenggam Bahagia.

Masih mengekalkan genre balada, karya tersebut kini menjadi siulan ramai dalam TikTok.

Rata-rata pengguna TikTok menyifatkan Menggenggam Bahagia sebagai lagu galau selain ‘hadiah’ kepada insan tersayang agar sentiasa kekal dalam perhubungan.

“Sedap lagu Sufian. Menusuk ke jiwa,” komen netizen.

“Tidak dinafikan lagu ini sangat bagus. Sekali dengar terus melekat dalam kepala,” puji seorang pengguna TikTok.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok