Taylor Swift makin kemaruk, peminat ramai lari

EDISI tambahan album The Life of a Showgirl: The Encore nyanyian Taylor Swift menerima tamparan hebat apabila portal muzik Pitchfork memberikan markah 4.0 daripada 10, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat di media sosial.

Menerusi ulasan yang diterbitkan hari ini, Pitchfork berpandangan empat lagu baharu yang dimuatkan dalam edisi tersebut gagal mengembalikan kekuatan penulisan Taylor seperti dalam karya terdahulunya.

“Kami tak peduli. Pitchfork benci Taylor dan wanita secara umum. Kami tetap akan mendengar lagu ini,” demikian balas peminat tegar Swift.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang lagi peminat meluahkan rasa kurang puas hati terhadap cara Taylor menulis lagu cinta kali ini yang menurutnya terasa seperti dibuat-buat dan kurang mendalam.

“Markah 4.0 terlalu tinggi. Gubahan lagu Taylor makin teruk,” kecam seorang netizen.

The Encore dilancarkan pada 25 September lalu dengan empat lagu baharu iaitu Patient Zero, Cleveland!, Pink Clouding dan Babylon.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok