Rekod luar biasa NewJeans

Kumpulan NewJeans meraih kejayaan luar biasa apabila berjaya melepasi dua bilion penstriman kumulatif dalam Spotify.

Menurut laporan platform muzik tersebut, NewJeans telah mengumpulkan lebih dua bilion jumlah aliran (penstriman) meskipun baru setahun jagung bergelar pemuzik.

Terdahulu, NewJeans pernah merekodkan satu bilion strim kumulatif di Spotify pada Mac lalu sekali gus menjadikan kumpulan tersebut sebagai artis K-Pop terpantas mencapai rekod tersebut dalam hanya masa 219 hari.

Lebih menarik, pencapaian itu turut diiktiraf oleh Guinness World Records di United Kingdom (UK).

Kejayaan album mini kedua mereka yang dikeluarkan baru-baru ini berjudul Get Up menyumbang dengan ketara kepada pencapaian dua bilion penstriman tersebut.

Setakat ini, enam buah lagu dalam album tersebut telah mencapai lebih 200 juta jumlah penstriman Spotify.

Itu sekali gus membuktikan NewJeans bukanlah sekadar kumpulan yang hanya bermodalkan rupa paras semata-mata sebaliknya turut memiliki bakat muzik luar biasa.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok