Redza Rosli, Bella Hanna okey tak tu?

BEBERAPA hari lalu gugur sekejap jantung Diva bila kecoh kisah pasangan pelakon, Redza Rosli dan isteri, Bella Hanna hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sudahlah mencetuskan tanda tanya, malah dengarnya enggan pula ditemu bual pihak media dan peguamnya kata, akan hantar ambil tindakan undang-undang kalau menulis berita mengenai mereka.

Lain macam amaran mereka tetapi kalau betul-betul berlaku, tak baiklah ya. Masing-masing ada tugas sendiri.

Setakat ini, status Redza dan Bella masih jadi tanda tanya tetapi apabila nampak mereka keluar dari mahkamah berpegangan tangan, harap tiada khabar tak cantik yang kita dengar.

Cuma satu, lucu pula tengok media sosial dilambakkan dengan gambar kucing yang dikatakan mirip Redza. Sabarlah ya Redza.

DIVA: Kurang gemar sikap artis yang sombong dan enggan beri kerjasama kepada media.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok