“Ini bukan baby Abbas. Jangan salah faham ya semua.”
Itu respons selebriti terkenal, Neelofa yang menegaskan wajah bayi dikongsinya dalam media semalam bukan anak keduanya, Abdullah Abbas seperti yang didakwa ramai.
Kata Neelofa, 34, penjelasan tersebut dilakukan kerana wujud salah faham yang bertebaran dalam media sosial.
Kelmarin, tular foto dan video memaparkan sesi penggambaran yang menggunakan bayi lelaki sebagai model cilik.
Disebabkan Neelofa berkongsi video tersebut, ramai menyangka bayi tersebut merupakan Abdullah Abbas.
Sehingga hari ini, Neelofa mahupun suaminya, Haris Ismail masih belum berkongsi wajah anak lelaki keduanya yang dilahirkan pada 11 Julai lalu kepada umum.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan romantis tersebut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abbas. – HIBGLAM