Ibu izin Lisa Blackpink berbikini

“AKHIRNYA ibu Lisa membenarkan anak perempuannya itu memakai pakaian seksi.”

Demikian antara komen-komen keterujaan peminat apabila penyanyi kumpulan Blackpink, Lisa yang sedang menikmati musim panas sambil menggayakan bikini berwarna hijau.

“Pasti foto bikininya sudah mendapat keizinan ibunya Lisa,” komen peminat lain.

Penyanyi kelahiran Thailand itu memuat naik beberapa keping foto dalam Instagram mendedahkan sosok tubuh langsing dengan pakaian renang yang membuatkan ramai peminat jadi keruan.

Sejak dimuat nak beberapa hari lalu, foto-foto bikini Lisa dalam beberapa perkongsian berbeza telah meraih lebih 20 juta tanda suka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok