“SAYA dan mama.”
Itu kapsyen ringkas milik Azeva yang mengundang perhatian ramai dalam platform Threads baru-baru ini.
Menerusi foto yang dikongsi, penyanyi itu bergambar dengan seekor harimau yang disamakan seperti ibunya iaitu Datuk A Aida.
Tidak terhenti di situ, A. Aida turut meninggalkan komen yang memberitahu Azeva bijak mencari rakan (harimau) mempunyai persamaan secara fizikal.
Anak mama pandai cari kawan yang seiras,” balasnya.
Rata-rata netizen menyifatkan Azeva dan A. Aida sebagai anak-beranak yang lucu kerana saling ‘membahan’ antara satu sama lain.
“Dia samakan A. Aida sebagai harimau mungkin sebab garang dan sumber duit (logo bank).
“Azeva dengan A. Aida tak pernah tidak kelakar. Makin menjadi-jadi masing-masing membahan,” komen netizen. – HIBGLAM
