Tubuh Kazuha idaman ramai

ASET fizikal yang langsing dan tampak seksi membuatkan Kazuha lebih menjadi tumpuan berbanding anggota kumpuan Le Sserafim yang lain.

Baru-baru ini Kazuha menarik perhatian ramai apabila menggayakan kemeja-T singkat menonjolkan bahagian perutnya sebelum berlepas ke luar negara untuk memenuhi jadual luar negara bersama anggota kumpulan.

Rata-rata peminat memuji penampilannya terutama bentuk fizikal yang disifatkan sebagai sempurna.

“Badannya seperti model ditambah pula dengan persalinan hitam yang menyerlahkan lagi kecantikan bahagian perutnya,” puji peminat.

“Setelah melihat foto ini, saya cemburu dan rasa ingin bersenam untuk mendapatkan badan seperti Kazuha,” ujar netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok