[VIDEO] Tuah tumpah pengilat kuku, pakaian Tomok, New Boyz ditaja 

KEJADIAN tertumpahkan pengilat kuku di sebuah butik pakaian berjenama pada April lalu bawa tuah kepada penyanyi, Tomok.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instgram, pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 39, memaklumkan dia dihubungi butik pakaian terbabit yang berminat menaja kumpulan New Boyz di Singapura pada 9 Septembar nanti.

“Beberapa bulan lepas ada satu kejadian anak saya tertumpah pengilat kuku di kedai ini.

Pada hari ini, saya datang balik ke sini kerana dapat panggilan mereka mahu taja pakaian saya dan New Boyz untuk konsert di Singapura.

“Setiap seorang akan dapat set lengkap iaitu baju, seluar dan jaket daripada kedai ini,” katanya.

Bersyukur dengan rezeki tidak terduga itu, Tomok berulang kali menzahirkan ucapan terima kasih kepada jenama terkenal terbabit dan peminat yang banyak mendoakannya selama ini.

“Terima kasih, memang tak sangka dengan rezeki ini.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semua ahli New Boyz akan pakai pakaian ini untuk konsert di Singapura nanti,” tambahnya.

Sebelum ini, Tomok terpaksa membayar ganti rugi RM5,593 selepas anak bongsunya menumpahkan pengilat kuku di beberapa helai  baju dan seluar secara tidak sengaja di butik itu.

Tomok kemudian menjual kembali pakaian berkenaan menerusi laman Instagramnya.

New Boyz kini rancak melakukan persiapan untuk konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang Live in Singapore yang akan berlangsung di Panggung Star Theatre, Singapura pada 9 September 2023.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok