Rossa tujukan lagu buat bekas kekasih

MENGHIBURKAN lebih 2,000 peminat di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini, Datuk Seri Rossa bukan sahaja membuai emosi menerusi 25 lagu dendangannya tetapi turut mengikat hati ramai dengan kemesraannya.

Lebih daripada itu, konsert Another Journey: The Beginning menjadi medannya berbicara dan menyampaikan kisah diri yang buat penonton turut sama tertawa dan ada ketikanya sayu.

Antara paling memancing perhatian, pelantun lagu Ayat Ayat Cinta itu mendedahkan pernah mempunyai kekasih asal Malaysia.

Jadi mantan (bekas) ya, itu orang Malaysia, sempat bercinta. Langsung waktu pandemik Covid-19 melanda aku bikin satu lagu.

“Lagunya berjudul Masih. Ini aku tujukan buat dia ya. Jangan dicari (dia) di medsos (media sosial) nanti,” katanya sambil bercanda yang disambut tawa ramai.

Membuka pentas tepat pukul 8.15 malam dengan karya Aku Bukan Untukmu yang disambut sorakan penonton, penampilan Rossa nyata memancing tumpuan.

Tidak menunggu lama, penghibur hebat itu  terus melayangkan ucapan selamat bertemu kepada penggemarnya yang disebut Pencinta Rossa.

Lebih istimewa apabila pada malam itu beliau bermurah hati membelanja semua penonton yang duduk di bangku audiens makanan ringan iaitu hotdog.

Tampak seperti perkara biasa, namun layanan pelantun lagu Ayat Ayat Cinta terhadap peminat menunjukkan penghargaan tidak pernah berbelah bahagi.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://www.kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok