Kafe Kim Hieora tutup operasi

PELAKON Kim Hieora yang memegang watak Lee Sara dalam siri Netflix terkenal The Glory mengumumkan akan menutup kafe miliknya.

Tanpa mendedahkan sebab terperinci, pelakon wanita itu mengumumkan penutupan kafenya, R.T Project setelah tiga tahun beroperasi.

“Kepada pelanggan yang tercinta, kami mengumumkan berita duka kerana kami akan menutup kafe ini bermula 16 Julai ini. Terima kasih atas sokongan anda sejak hari pertama,” tulisnya menerusi Instagram.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok