Jalaluddin Hassan Juara Kilauan Emas Selebriti 2026

MENEPATI ramalan, juara program Kilauan Emas Selebriti 2026 menjadi milik Datuk Jalaluddin Hassan.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan bintang berusia 72 tahun itu membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold dan hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM800.

Jalaluddin juga bakal menerima tajaan pakej penginapan tiga hari dua malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada malam kemuncak tersebut, beliau menyanyikan lagu My Way dan Humko Humise Chura Lo yang berduet bersama Nadia Fharshah.

Selain hadiah utama, Jalaluddin turut menerima Kilauan Emas Of The Week yang membawa pulang RM2,000, namun semuanya wang tersebut disumbangkan kepada anak seni veteran, Salih Yaacob.

Naib juara Datuk Ahmad Tamimi Siregar pula membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas Jus Arabic Gold dan hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilau RM600z

Tarmimi juga menerima tajaan pakej penginapan dua hari satu malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Zila Bakarin yang menduduki tempat ketiga turut pulang dengan sebuah trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM500 serta tajaan pakej penginapan dua hari satu malam di Grand Mercure Kuala Lumpur.

Tempat keempat menjadi milik Fazlina Ahmad Daud yang menerima sebuah trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold dan hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM350 serta pakej penginapan dua hari satu malam di Grand Mercure Kuala Lumpur.

Amyza Aznan dan Rahhim Omar yang menduduki tempat kelima dan keenam juga tidak pulang dengan tangan kosong.

Masing-masing menerima sebuah trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold dan hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM350.

Persembahan keenam-enam peserta diadili juri terdiri daripada Datuk Yusry dan Jihan Muse dan juri jemputan, Datuk Ramli MS serta Azmi Saat.

Kilauan Emas Selebriti 2026 dihoskan Raja Azura bergandingan dengan Keanu Azman. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok