BASS cium dahi, ramai nak lempang skrin telefon?

GELAGAT Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencium dahi pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencetuskan kekecohan luar biasa dalam kalangan netizen dalam media sosial.

Menerusi perkongsian video yang tular, momen manis tersebut berlaku ketika pasangan pengantin baharu itu memberi ‘pose’ menarik di ruangan ‘photobooth’ pada majlis resepsi di Muar, Johor minggu lalu.

Difahamkan, momen mencium dahi isteri itu merupakan aksi spontan Ahli Parlimen Muar sekali gus membuatkan ramai tidak keruan selepas menonton video dimuat naik seorang penggguna TikTok dikenali sebagai @Ejad_uzir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tolonglah jangan buat kami yang bujang ini rasa macam nak baling telefon ke dinding.

“Alahai ramai nak lempang skrin telefon berbanding muka sendiri yang tidak berhenti tersengih melihat gelagat manis BASS,” seloroh netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok