Bapa cetus kontroversi, Meghan Markle tertekan

DUCHESS of Sussex, Meghan Markle mengakui dirinya tertekan selepas bapanya, Thomas Markle berdepan dakwaan memiliki bahan eksploitasi seksual kanak-kanak yang dilaporkan ditemui di kediaman lelaki itu di Filipina.

Meghan, 45, berkata, dakwaan itu amat mengejutkan, selain meluahkan kebimbangan terhadap nasib kanak-kanak yang mungkin menjadi mangsa.

Kenyataan itu dibuat selepas laporan media antarabangsa pada 23 Oktober lalu mendedahkan dakwaan membabitkan Thomas, 82, yang menafikannya sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan media, abang tirinya, Thomas Markle Jr., mendakwa menemukan ratusan malah mungkin ribuan imej eksploitasi seksual kanak-kanak dalam peranti elektronik yang disimpan di kediaman bapa mereka di Cebu, Filipina.

Thomas Jr. dilaporkan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut, manakala Meghan mendedahkan dakwaan membabitkan bapanya pernah dimaklumkan kepadanya pada 2018 menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Polis Metropolitan London dan unit perlindungan diraja Britain.

Dia diberi jaminan perkara itu sedang disiasat, sekali gus pendedahan berkenaan memberikan perspektif baharu terhadap hubungan dingin Meghan dengan bapanya sejak menjelang perkahwinannya dengan Putera Harry pada Mei 2018.

Meghan menjelaskan keputusannya menjauhkan diri daripada Thomas, termasuk tidak membenarkan lelaki itu bertemu anak-anaknya, Putera Archie dan Puteri Lilibet, dibuat demi melindungi keselamatan mereka.

Namun, Thomas menolak dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai pembohongan yang melukakan hati.

Sementara itu, pihak berkuasa Filipina dilaporkan sedang menyiasat dakwaan berkenaan, manakala Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) mengesahkan mengetahui perkara itu dan bersedia membantu pihak berkuasa Filipina jika diperlukan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok