‘Mudah jaga YB, dia hanya perlukan nestum untuk sarapan’

LEBIH seminggu bergelar suami isteri yang sah, pelakon dan penyanyi Bella Astillah membuat pendedahan lucu bahawa tidak susah menjaga suaminya, Syed Saddiq.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, dia kini sudah berpindah ke rumah suaminya dan mula menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu.

“Saya masih menyesuaikan diri sebab sejak berkahwin saya pindah ke rumah suami. Jadi saya perlu mulakan rutin baru, hidup berempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“YB seorang yang sangat ringkas. Biasanya kalau untuk sarapan pagi, orang akan minta nasi lemak atau sebagainya, tetapi dia hanya perlukan nestum (bijiran segera berkhasiat) sahaja. Mudah jaga YB, dia hanya

“Kadang-kadang kalau hujung minggu, dia akan minta pancake (lempeng). Jadi mudahlah untuk seorang Bella Astillah,” katanya ketika ditemui pada majlis resepsi mereka, di MITEC, baru-baru ini.

Sementara itu bagi Saddiq pula, dia meluahkan rasa gembira kerana kini hidupnya tidak sunyi lagi apabila rutin hariannya kini ditemani isteri dan anak-anak.

“Kini bila bangun pagi, ada isteri di sisi. Dapat sarapan bersama anak-anak dan hantar mereka pergi ke sekolah.

“Bila balik kerja, hilang penat bila disambut anak-anak. Kami akan bersenam bersama,” kongsinya.

Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118.

Majlis resepsi pertama mereka berlangsung meriah pada 18 Oktober lalu dan dihadiri oleh 3,000 tetamu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok