SPEKULASI sudah mendirikan rumah tangga dengan Hael Husaini semakin bertiup kencang apabila ‘muncul’ sekeping foto penyanyi Dayang Nurfaizah memakai busana persis seorang pengantin.
Dalam foto tersebut, Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 45, menyarung baju serba putih, memegang sejambak bunga tangan dan dipercayai duduk di atas sebuah pelamin.
Menurut sumber, majlis nikah tersebut berlangsung pada bulan Jun lalu.
Manakala, majlis resepsi diadakan pada bulan Julai di ibu kota.
Baru-baru ini, tular sebuah video memperlihatkan memperlihatkan pertemuan Hael dan Dayang bersama selebriti Korea Selatan, Lee Jun-ho.
Dalam video tersebut, ramai mendakwa gerakan bibir
Hael yang didakwa merujuk Dayang ‘my wife’ sebagai isteri.
Sebelum ini, timbul spekulasi Dayang dan Hael yang dikatakan sudah melangsungkan perkahwinan.
Malah, spekulasi mengenai pertunangan juga timbul, namun Dayang memilih untuk tidak mengulas dakwaan terbabit.
Dayang turut menafikan wujud sebarang tarikh istimewa yang ditetapkan berkaitan majlis perkahwinan seperti yang didakwa. – HIBGLAM

