Extraordinary Attorney Hinami, peguam autistik versi Jepun pula

PLATFORM penstriman popular, Netflix kembali mencuri hati peminat drama menerusi naskhah terbaharu, Extraordinary Attorney Hinami yang mengangkat tema peguam berspektrum autisme.

Selepas mencipta fenomena di Korea Selatan sekitar tahun 2023, naskhah tersebut diadaptasi negara jiran, namun masih mengekalkan isi penceritaan sama.

Karya yang mula ditayangkan sejak 19 Oktober lalu itu mengisahkan peguam muda bernama Hinami lakonan Mana Ashida yang menyelesaikan kes-kes rumit di mahkamah tetapi dalam masa sama perlu berdepan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wataknya mencuri perhatian kerana sentiasa teliti terhadap perkara yang sering terlepas pandang oleh orang lain.

Meski baru ditayangkan, drama 10 episod itu berjaya mencuri tumpuan ramai sehingga menduduki carta karya paling popular dalam Netflix. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok