BERDEPAN buli siber susulan kes dadah, pelakon Tisha Shamshir memilih kekal tenang serta menerima segala dugaan dengan hati terbuka.
Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 40, berkata, gangguan menerusi laman sosial bukan sesuatu yang asing bagi anak seni seperti dirinya.
Itu perkara biasalah. Kalau orang biasa pun boleh diganggu, apatah lagi orang seperti saya, bukan?” katanya selepas sebutan semula kesnya di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tiba di mahkamah diiringi tiga pengawal peribadi, pelakon drama bersiri Gerak Khas 2.0 itu tampak tenang sebaik keluar dari kamar mahkamah sekitar pukul 10 pagi.
Ditanya mengenai representasi melalui peguam, pelakon berkenaan bagaimanapun hanya memberikan jawapan ringkas.
Insya-Allah,” katanya.
Tisha pada masa sama mengakui ujian yang sedang dihadapinya bukan sesuatu yang mudah, namun memilih untuk menyerahkan segala urusan kepada Allah.
“Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik. Apa pun, ujian daripada Allah ini memang hebat dan sangat berat.
Saya menerima segala dugaan ini dengan hati terbuka dan berharap agar saya terus diberikan kekuatan untuk menghadapinya,” ujarnya.
Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 10 November depan bagi sebutan semula kes.
Pada 7 Julai ini, Tisha ditahan bersama beberapa individu dalam serbuan Op Noda yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. – HIBGLAM

