59 anugerah iktiraf kecemerlangan industri Malaysia

SERAMAI 59 penerima menerima pengiktirafan pada majlis BusinessToday Industry Choice Awards 2026 dan PC.com Readers’ Choice Awards 2026 yang berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya, di sini, Rabu lalu.

Majlis itu mengiktiraf pencapaian syarikat, usahawan dan inovator digital dalam pelbagai sektor termasuk perbankan, teknologi, penjagaan kesihatan, hartanah, tenaga, pendidikan, peruncitan dan keusahawanan.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz; Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki; dan Duta Besar Timor-Leste ke Malaysia, Lisualdo Menezes Coimbra Gaspar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketiga-tiga tetamu kehormat itu turut menyampaikan anugerah kepada penerima, manakala Tengku Zafrul menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.

Bertemakan “Malaysia, ASEAN and Beyond”, BusinessToday Industry Choice Awards mengiktiraf organisasi berdasarkan pencapaian dalam kepimpinan, inovasi dan pertumbuhan mampan.

Bertemakan “Malaysia, ASEAN and Beyond”, BusinessToday Industry Choice Awards mengiktiraf organisasi berdasarkan pencapaian dalam kepimpinan, inovasi dan pertumbuhan mampan, selain usaha memperkukuh daya saing di peringkat serantau dan antarabangsa.

Antara organisasi yang menerima pengiktirafan ialah AFFIN Bank, AFFIN DIVENTIUM, AmanahRaya Trustees Berhad, CelcomDigi AIX, Institut Jantung Negara (IJN), KPJ Healthcare, Sime Darby Property, Tenaga Nasional Berhad (TNB), TM ONE, UEM Edgenta dan Sunway Healthcare Group.

Dalam kategori individu, Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat atas sumbangannya kepada sektor korporat negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Dato’ Hasan Azhari Haji Idris, pula menerima anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Tahunan, manakala pelakon dan usahawan, Izara Aishah, menerima pengiktirafan Usahawan Digital Terbaik.

Pemilik dan pengasas bersama Village Park Restaurant, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah, turut menerima anugerah Usahawan Makanan dan Minuman Terbaik Tahunan.

Sementara itu, Yayasan Pahang menerima anugerah bagi kategori Best in Social Impact & Economic Empowerment atas sumbangannya dalam bidang impak sosial dan pemerkasaan ekonomi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok