‘Dah dituduh buat hidung, berubah wajah bila dah ditata rias’

PANTANG kalau saya nak melawa sikit, mesti ada cakap saya buat muka.”

Demikian luahan pelakon Zara Zya yang didakwa melakukan pembedahan kosmetik atau mengubah wajah setiap kali tampil bersolek.

Zara atau nama sebenarnyaZainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, memaklumkan dia sering mengubah jurusolek profesional untuk memastikan penampilannya kelihatan sempurna mengikut kesesuaian acara.

“Kalau ada acara, selalunya solekan akan lebih tebal mengikut kesesuaian.

“Saya akan mengupah jurusolek untuk tata rias muka saya yang biasa ini,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu kesan mancung yang kelihatan hanyalah hasil daripada teknik solekan yang ditata rias jurusolek.

“Bila dah ditatarias, berubah lah sikit wajah itu. Dah tuduh buat hidung pula.

“Hidung saya memang jambu air dari dulu sama saja. Kena ‘shading’ jadi mancung terletaklah dia,” ujarnya lagi.

Pada tahun 2023. Zara sering menerima komen daripada netizen yang mendakwa wajahnya kelihatan berbanding awal kemunculannya dahulu sehingga ada menuduh dia mengambil suntikan botoks

Dia mengaku mengambil suntikan vitamin bagi memastikan kulit wajahnya sentiasa kekal awet muda. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok