NAMA pelakon Zahirah MacWilson kembali bertebaran dalam media sosial, namun kali ini bukan kerana lakonan sebaliknya, sekeping foto tanpa solekan menjadi perhatian.
Semuanya bermula apabila isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu berani menayangkan wajah sebenar tanpa secalit mekap.
“Gadis-gadis, tunjukkan wajah tanpa mekap kamu. Swafoto dengan kecantikan semula jadi,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.
Tidak perlu menunggu lama, ruangan komen terus meriah dengan pujian. Ramai wanita mengakui berasa cemburu melihat kulit Zahirah tampak bersih, licin dan berseri sehingga ada meminta petua penjagaan wajah.
Ada juga mengaku semakin ‘insecure’ melihat kecantikan semula jadi aktres itu. Diva sendiri pernah berjumpa Zahirah secara berdepan dan memang tidak dapat menafikan kecantikannya.
Kamera pun kalah, apatah lagi kita.
Cuma janganlah sampai membandingkan diri secara berlebihan kerana setiap orang mempunyai keadaan kulit, genetik dan rutin penjagaan berbeza.
DIVA: Nama Zarif Ghazzi pula meledak selepas lakonannya sebagai Abbas mendapat perhatian. Nampaknya watak itu betul-betul melekat di hati penonton.

