DICOP sombong gara-gara jarang melemparkan senyuman, pelakon Syatilla Melvin mengakui ekspresi wajahnya sering mengundang salah faham orang ramai.
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, bagaimanapun tidak mengambil hati dengan tanggapan tersebut, malah mengakui memiliki raut wajah agak ‘keras’ sehingga mudah disalah tafsir sebagai seorang tidak mesra.
“Nampak komen tadi, katanya terjumpa saya di Queensbay tetapi muka masam dan monyok.
Sebenarnya saya memang ada masalah dengan muka. Nampak keras, sampai orang fikir saya sombong dan rasa macam nak ‘minta kaki’.
“Lain kali kalian tegur sahaja. Saya okey, jangan risau. Entahlah,” katanya dalam Threads.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, malah ada antara mereka tampil berkongsi pengalaman sendiri ketika terserempak dengan pelakon berkenaan.
Weh, betul. Muka Tilla memang nampak macam kita berhutang dengan dia tapi sekali tegur, terus dia layan macam kita kawan sekolah dia. Padahal tak pernah kenal pun.
“Dulu zaman Tilla belum buat siaran langsung, memang nampak sombong betul mukanya. Jawab soalan wartawan pun macam saya pula cuba mengurat suaminya. Terasa sakitnya di sini,” antara komen netizen.
Namun, terdapat juga netizen mempertahankan Syatilla dengan menyifatkan raut wajah seseorang tidak seharusnya dijadikan ukuran terhadap keperibadian mereka. – HIBGLAM
