ANGGOTA kumpulan Dolla, Sabronzo menjadi bualan netizen selepas berkongsi video menikmati hidangan ikan mentah baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Sabronzo menikmati hidangan asal Belanda itu yang juga dikenali sebagai Maatjes Herling dengan penuh berselera.
“Beginilah cara tradisional untuk menikmatinya.
“Tulang ikan sangat lembut, kita boleh makannya juga,” katanya kepada netizen yang bertanya mengenai hidangan tersebut.
Difahamkan, ikan yang dimakan itu disalut dengan bawang besar.
Dalam pada itu, rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai keberanian Sabronzo menjamah hidangan ikan mentah tersebut.
“Dia membesar dengan budu, apalah sangat ikan herring tu.
“Makanan ini macam jeruk ikan, boleh makan dengan tulang sekali sebab sangat lembut,” komen netizen. – HIBGLAM
