BUKAN lagi perkara baharu, namun penyanyi Britney Spears nekad untuk menoktahkan hubungan dengan teman lelakinya, Paul Richard Soliz.
Petugas penyelenggaraan itu didakwa mengugut mahu menyebarkan perkara buruk mengenai selebriti terbabit andai keinginannya tidak dipenuhi.
Sumber terdekat mendedahkan, Spears sudah lama menahan sabar dengan sikap memaksa teman lelakinya itu.
Tidak hairan sepanjang menjalin cinta bermula penghujung 2023, pasangan terbabit sudah beberapa kali putus tetapi kembali bersama dengan kali terakhir bergaduh besar sekitar Februari lalu.
Meskipun semakin rapat dengan sembilan anak Soliz, penyanyi Toxic itu enggan lagi hidup bersama lelaki berkenaan yang sering mandakwa dirinya sebagai mangsa keadaan.
Soliz kerap berkongsi cerita kononnya hidupnya musnah serta nama terjejas disebabkan sikap buruk Spears. – HIBGLAM