Sufian Suhaimi tamat zaman bujang hari ini?

PENYANYI dan pelakon Sufian Suhaimi khabarnya bakal melangsungkan pernikahan dengan teman wanitanya, Rania Al Sadat dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara hari ini.

Meski tidak berkongsi lanjut tentang majlis tersebut, perkara itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Rania memuat naik foto majlis bersiram semalam.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Sufian mengusik dan memuji Rania yang anggun menyarung kebaya dan memakai kain batik di kepala.

“Wanita Melayu terakhir ke ini?” soalnya.

Saling berbalas, Rania pula menjawab: “Terakhir untuk awak.”

TANGKAP layar Suhaimi dan Rania berbalas usikan yang menguatkan lagi dakwaan mereka akan melangsungkan pernikahan hari ini.

Ruangan komen pula dibanjiri dengan ucapan tahniah meski pasangan tersebut tidak membuat sebarang pengesahan mengenai majlis tersebut.

Sebelum ini, Sufian pernah mendedahkan putus tunang pada April tahun lalu selepas penyanyi itu memberitahu cincin risik yang diberikan kepada Rania sudah dipulangkan.

Bagaimanapun, cinta mereka didakwa kembali bertaut beberapa bulan lalu selepas dilihat keluar meluangkan masa bersama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok