NAK telefon lafaz cerai pun guna wakil, takut ke nak berdepan dengan Fara Salleh?”
Demikian kata-kata isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh yang mendakwa lelaki itu tidak berani melafazkan talak di hadapannya dan terpaksa menggunakan orang tengah bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Dalam masa sama, Fara, 33, turut memaklumkan bahawa Shuk atau nama lengkapnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar enggan bertanggungjawab terhadap kandungannya selain tidak mengaku bayi tersebut adalah anaknya.
“Alhamdulillah, kau dah buktikan siapa diri kau sebenar. Dasar pengecut sebab itu dari awal mengandung memang dia tak suka aku hamil.
Tengok sekarang dia lari daripada tanggungjawab dan selesaikan di sana. Takut nak tengok muka anak ke nanti atau takut nak tanggung anak ramai?
“Masa awal aku bagi alat ujian kehamilan pun dia tak suka, dia suruh buang sebab kotor dan cakap anak aku anak haram masa di Paris,” katanya dalam hantaran InstaStory.
Berkongsi lanjut, Fara turut meminta Shuk untuk tidak menggunakan agama bagi menutup kesalahan.
Lepas ini jangan main bab agama dan jangan gunakan umrah untuk tutup betapa kejamnya kau.
“Umrah empat kali pun tapi itulah, selebihnya aku tuntut dekat akhirat. Terima kasih tuan,” ujarnya lagi.
Hari ini, Shuk didakwa melafazkan talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon yang dibuat dari Satun, Thailand.
Untuk rekod, Fara dan Shuk, 39, mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.
Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023. – HIBGLAM