Shahrol Shiro cuma beri latihan amali, fokus stand-up comedy

PELANTIKAN pelawak dan pelakon Shahrol Shiro sebagai tenaga pengajar sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipertikai, pentadbir pusat pengajian tinggi itu mengesahkan pemilihan dibuat berdasarkan pengalaman luasnya dalam industri seni.

UKM dalam satu kenyataan berkata, Shahrol dilantik sebagai pengajar sambilan Kursus Citra Universiti bagi kelas Seni Lakon yang mengkhususkan kepada bidang stand-up comedy di bawah Kursus Citra Kebudayaan.

“Shahrol Shiro dilantik sebagai pengajar sambilan Kursus Citra Universiti bagi Kelas Seni Lakon yang mengkhususkan kepada stand-up comedy di UKM. khusus stand-up comedy

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kursus Citra UKM (Seni Lakon) adalah kursus di bawah Citra Kebudayaan yang ditawarkan kepada pelajar bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam bidang seni persembahan khususnya aspek asas lakonan serta persembahan,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan sama, UKM turut mengesahkan pelantikan Shahrol sebagai tenaga pengajar sambilan Citra Universiti di Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC) bagi Semester I sesi 2026/2027.

FPSC merupakan fakulti yang mengkhususkan kepada pengajian transdisiplin, pengajian umum termasuk kursus kebudayaan, sukan dan badan beruniform.

Pelantikan itu diumumkan Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 42, sendiri menerusi Instagram dengan berkongsi surat tawaran, selain meluahkan keterujaan untuk menggalas tanggungjawab baharunya.

Terdahulu, pelantikan pelawak terbabit mengundang polemik dalam kalangan mahasiswa dan netizen yang disuarakan menerusi media sosial.

Isu tersebut dibangkitkan seorang pengguna Threads yang meminta penjelasan daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung kelayakan serta rasional pelantikan berkenaan.

Bersandarkan semakan di ruangan komen, rata-rata mencadangkan beberapa nama aktor yang disifatkan lebih berkredibiliti termasuk Nam Ron. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok