Derita gangguan saraf, Brad Pitt jadi pelupa

KEADAAN kesihatan aktor Brad Pitt didakwa merosot selepas mendapat serangan saraf yang mengakibatkan dirinya menjadi pelupa.

Disebabkan penyakit yang mula dirasai sejak 10 tahun lalu, pelakon berusia 61 tahun itu dikatakan tidak mampu mengenali orang yang pernah rapat dengan secara tiba-tiba.

Kondisi dikenali sebagai prosopagnosia itu mengakibatkan kecelaruan pada otak pesakit sehingga kehilangan ingatan atau kabur elemen mengenali ciri khas orang lain.

Difahamkan penyakit tersebut tiada ubatnya, namun penderita seperti Brad Pitt perlu sentiasa diingatkan mengenai sesuatu hal atau identiti seseorang dari masa ke masa.

Malah katanya, disebabkan masalah tersebut ramai menuduhnya sombong kerana tidak mengenali sesetengah individu biarpun sebelum itu mereka saling mengenali antara satu sama lain.

Ramai orang benci saya kerana mereka fikir saya tidak menghormati mereka dan sangka saya menyombong,” katanya.

Begitupun, bekas suami aktres Angelina Jolie itu tetap berlapang dada menjalani kehidupan normal seperti insan lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok