Tak sayang daddy lagi. Kenapa Fatima?

PUTERI kesayangan selebriti popular Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya mengundang perhatian ramai apabila membuat kenyataan tidak lagi menyayangi bapanya yang juga pelakon, Fattah Amin ketika bersiaran langsung bersama ibunya baru-baru ini.

Fatima yang didukung Fazura berkata demikian selepas ditanya mengapa dia menangis sebelum itu.

Kenapa Fatima menangis tadi?” soal Fazura.

Menjawab pertanyaan ibunya, Fatima yang berusia empat tahun berkata, dia menangis kerana tidak mahu bapanya.

Sebab saya tak mahu daddy dan tak sayang daddy lagi,” jawabnya sambil menggelengkan kepala.

Fazura bagaimanapun menasihati Fatima tidak sepatutnya berkata begitu dan perlu menyayangi bapanya.

Dalam ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai video tersebut termasuk meminta orang ramai tidak melemparkan tuduhan tidak benar terhadap Fazura.

Jangan tuduh Fazura yang ajar sebab bukan dia yang muat naik video tetapi netizen.

“Kasihan pula lihat wajah Fatima. Mungkin kena luangkan lebih banyak masa bersama daddy.

Tak berani nak cakap apa-apa, harap Fatima akan terus sayang daddy dan mummy ya,” komen netizen.

Baru-baru ini, Fattah menepis dakwaan netizen yang menuduhnya kurang meluangkan masa bersama Fatima disebabkan sibuk bekerja.

Terdahulu, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 7 Oktober tahun lalu.

Hak penjagaan penuh Fatima diberikan kepada Fazura, manakala Fattah diberikan hak dua kali dalam sebulan untuk bermalam dan tiga kali seminggu bagi lawatan harian.

Keputusan itu diselesaikan secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 12 November tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok