SELEPAS hampir tiga tahun bergelut dengan konflik rumah tangga, Marissa Dania dan Ahmad Aslam akhirnya disahkan cerai oleh pihak mahkamah.
Namun bukan tentang mereka yang Diva nak ulas tetapi sikap segelintir individu yang tidak sudah-sudah mengecam Marissa dan Aslam.
Diva ingat bila sudah cerai, amanlah media sosial daripada sebarang perkara negatif tentang mereka, rupa-rupanya jangkaan salah!
Makin menjadi-jadi pula netizen termasuk mengatakan kemenangan menjadi milik isteri pertama Aslam iaitu Umisya dan sebagainya.
Dalam isu ini mungkin ada yang berpendapat pesalah utama ialah Marissa apabila dikatakan penyondol rumah tangga tetapi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Buat masa sekarang, sudah-sudahlah mengecam atau membanding-bandingkan. Cuma kali ini Diva puji Abby Abadi sebab tidak memberi ‘ulasan’ panjang mengenai perceraian Marissa.
DIVA: Tak lama lagi Marissa pun akan masuk universiti sambung belajar, tebus balik kesilapan silam. Move on!
