Czech Harith tak kisah digelar pelakon komedi

SEMAKIN hari semakin ramai pendatang baharu dalam industri tidak kira dari dunia lakonan mahupun muzik. 

Kehadiran mereka wajar diraikan agar industri tempatan tidak ketandusan pelapis baharu yang sentiasa menyegarkan pentas seni.

Situasi sama dapat dilihat menerusi naskhah KUDRAT 1968: High Council yang ‘meriah’ melahirkan dan mengetengahkan pelakon-pelakon baharu. 

Antara yang bakal menyinar adalah Chech Harith, yang terbiasa bermain teater kini muncul sebagai Mazli, anak muda  ceria dan sering menghidupkan suasana dengan elemen humor.

HARITH kini meledak menerusi karakter Mazlin dalam Kudrat.

HIBGLAM: Meskipun sudah biasa dengan pentas teater, adakah mudah untuk menterjemahkan watak Mazli?

Chech Harith: Saya rasa mudah sebab saya ada kawan-kawan, saya banyak curi ‘peel’ (perangai) mereka dan rujuk watak ini kepada orang lain.

Tapi saya tak tahu pula watak Mazli ada bahagian susah di mana kena jadi seorang yang penyayang. Saya rasa itu sesuatu yang kita perlu bangunkan sendiri. Kita tak boleh nak tiru sesiapa.

Sekiranya watak awak dibandingkan dengan Ayam (dilakonkan Naim Daniel), apa yang boleh awak katakan? 

Sejujurnya untuk bandingkan dengan watak Naim Daniel daripada segi pembawaan, sesuatu yang sangat membanggakan. Tapi ada perbezaan dengan karakter Ayam. Mungkin dari segi gaya bercakap.

Adakah anda okey jika dilabel sebagai pelakon komedi disebabkan watak Mazli? 

Saya tak kisah, saya okey tapi sebagai seorang pelakon saya nak meneroka kepelbagaian watak sayalah. Saya tak nak  terikat dengan komedi sahaja.

Sebagai pelakon baharu, apa yang awak harapkan menerusi karakter Mazli ini?

Saya betul-betul harap dapat sentuh hati semua orang sebab saya berusaha untuk buat begitu dengan karakter ini. Berjaya atau tidak saya tinggalkan kerja itu untuk kalian semua (menilai). 

Saya tak kejar orang supaya kena gelak di bahagian saya sebab saya rasa susah cuba buat orang gelak. Tapi bila dapat reaksi audiens yang datang daripada gelak tawa mereka, saya harap itu adalah bentuk cinta atau bukti mereka suka dengan karakter ini.

 

 

 

 



Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok